Khamis, 31 Mei 2012

Pergi melancong ke Negara K POP!

Helo dan Assalamualaikum, aku nak cerita pengalaman aku ke korea selatan yang sangat menyeronokkan.
dari KLIA-HO CHI MINH CITY-SEOUL INCHEON INT. perjalanan lebih kurang 8 jam. Agak lama dan membosankan.apabila kapal terbang ingin mendarat cahaya masuk melalui tingkap aku pun tengok jam aku.rupa-rupanya..baru pukul 6 pagi pemandangan luar sangat cerah dan kapal terbang mendarat dengan baik sekali dan selamat.(terima kasih juruterbang vietnam airlines)
Selepas itu, aku terus menuju ke tandas.Di sana, agak berbeza dengan Malaysia. Mereka tidak menggunakan paip, sebaliknya menggunakan tisu.Jadi aku, sudah membawa botol air kosong sebagai ganti paip.Tapi, yang menghairankan tandas mereka tak berbau langsung. itu yang aku tabik hormat. Perjalanan kami diteruskan dengan pemeriksaan imigrisen.selepas itu ke kaunter imigrisen untuk di cop dan ambil gambar sebelum masuk kesana.Sangat canggih.Setiap seorang mesti kena ambil gambar. Selepas itu, aku terus pergi ambil beg bagasi aku.sampai di sana, tour leader korea menunggu dan menyambut kedatangan kami.(thank you jenny and mike).
Udara di sana sejuk macam aircond.tapi tak sejuk sangat.Aku suka.Kami menaiki bas dan meneruskan perjalanan...

Suasana di Incheon International Airport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan